
Instagram kini dilihat sedang bangunkan sebuah ciri baharu dinamakan “KAI”, iaitu sebuah bot khusus dikuasakan kecerdasan buatan, yang membantu pengguna dalam perbualan berkumpulan. KAI berfungsi secara berasingan, membolehkan seseorang bertanyakan kepada KAI dan menerima jawapan secara peribadi tanpa dilihat ahli kumpulan lain dalam tetingkap sembang.

Melalui integrasi KAI, ia dilihat pengguna dengan mudah boleh bertanyakan apa yang mereka terlepas dalam perbualan berkumpulan berkenaan, selain turut bertanyakan pelbagai perkara seperti carian lokasi, carian produk, atau sebarang info yang diperlukan.
Buat masa ini, ciri ini dilihat sedang dalam proses pembangunan, dan tidak diketahui lagi bilakah akan diperkenalkan pada Instagram. Untuk makluman, pihak Meta sedia menawarkan integrasi Meta AI pada produk mereka, termasuk Instagram dan WhatsApp. Namun, daripada penggunaan sendiri, ia dilihat tidak begitu pintar, dan tidak boleh memberikan respon berdasarkan sesuatu perbualan yang sedang berlaku. Mungkin dengan KAI ini, ia akan diatasi.
- Sumber : @alex193a




