Institusi mufti perlu bawa isu bersifat nasional ke MKI sebelum beri jawapan - Mohd Na’im

LocalPolitics
21 Jan 2024 • 9:11 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Institusi mufti dinasihatkan untuk membawa sebarang isu yang bersifat nasional ke Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) sebelum mengeluarkan sebarang jawapan terhadap isu itu.

Saranan itu dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dalam kenyataan malam tadi yang turut berkata proses penyediaan jawapan bagi apa-apa isu boleh ditambah baik dengan disertakan hujah yang konkrit serta jalan penyelesaian.

“Ia tidak boleh tergantung supaya tidak timbul kegusaran dalam masyarakat awam. Perkara tersebut perlulah dipertimbangkan secara menyeluruh selain penjelasan yang terperinci,“ katanya.

Mohd Na’im berkata demikian bagi mengulas jawapan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di laman sesawangnya, yang dilaporkan menasihati pekerja beragama Islam di bank konvensional agar mencari pekerjaan lain kerana institusi kewangan tersebut mempunyai muamalat berasaskan riba yang boleh menjurus kepada hukum haram. - Bernama