Institusi pendidikan Mara terima 100 peratus permohonan - Asyraf Wajdi

9 Jul 2024 • 8:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Asyraf Wajdi

SHAH ALAM - Semua institusi pendidikan di bawah kendalian Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah menerima lebih 100 peratus permohonan pada tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, orang ramai yang telah membuat permohonan diharapkan tidak menolak sebarang tawaran pengajian daripada pihak Mara.

“Alhamdulillah semua institusi pendidikan Mara baik GiatMara, Institut Kemahiran Mara (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Kolej Poly-Tech Mara (KPTM), Koleh Mara (KM) dan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) menerima lebih 100 peratus permohonan tahun ini.

“Harap jangan ada yang tolak lebih-lebih lagi atas alasan kewangan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved