Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?

LocalBusiness & Finance
6 Nov 2026 • 6:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?

image.pngPercaya atau tidak, Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) mendedahkan purata kerugian kenderaan elektrik (EV) akibat banjir adalah empat kali ganda lebih rendah iaitu angka kerugian akibat cuma RM8,400 berbanding RM34,000 bagi kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE).Mengapa Kerosakan EV Akibat Banjir Lebih Rendah? image.png

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PIAM, Chua Kim Soon, perbezaan ketara ini disumbangkan oleh ciri keselamatan moden pada kenderaan elektrik.

Antara faktor utama ialah sistem elektrik EV yang lebih terlindung. Selain itu, ia dilengkapi keupayaan mengasingkan bekalan voltan tinggi secara automatik ketika kecemasan.

Jurang Perlindungan Insurans Banjir Semakin Ketara image.png

Kajian mendapati kira-kira 50 peratus pemilik EV sudah mengambil perlindungan tambahan banjir.

Sebaliknya, hanya 13 peratus pemilik kenderaan ICE yang berbuat demikian. Keadaan ini mendedahkan majoriti kenderaan konvensional kepada risiko kewangan yang tinggi ketika musim tengkujuh.

Cara Tambah Insurans Banjir Tanpa Tunggu Pembaharuan Polisi

Chua mengingatkan bahawa perlindungan banjir tidak disertakan secara automatik di bawah insurans motor komprehensif.

Pemilik kenderaan bagaimanapun boleh menambah perlindungan ini pada bila-bila masa. Anda tidak perlu menunggu tarikh pembaharuan polisi insurans tahunan.

Kos Premium Tambahan: Bagi kenderaan bernilai RM100,000, kos tambahan adalah antara RM150 hingga RM500.

Faktor Harga: Kadar premium bergantung kepada lokasi kediaman dan syarikat insurans masing-masing.

Trend Penurunan Di Wilayah Tengah Membimbangkan image.png

PIAM turut meluahkan kebimbangan terhadap trend penurunan kadar pengambilan perlindungan banjir di zon tengah Semenanjung.

Ramai pemilik masih terdedah kepada risiko kerugian total. Lebih membebankan, mereka tetap perlu meneruskan bayaran pinjaman kenderaan meskipun kereta telah rosak akibat tenggelam air.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved