‘Intai peluang eksport produk tempatan ke Indonesia’

LocalBusiness & Finance
28 Apr 2025 • 1:04 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Amir Anuar

TAWAU: Golongan usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) digesa memanfaatkan peluang mengeksport produk diusahakan bukan hanya ke Semenanjung malahan pasaran Indonesia.

Hal ini berikutan kedudukan geografi daerah Tawau dan Kalabakan yang disifatkan strategik ekoran berhampiran sempadan termasuklah ibu kota baharu Indonesia, Nusantara di Kalimantan Timur.

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Datuk Andi Muhd Suryady Bandy berkata pelbagai inisiatif, platform, bantuan dan insentif disediakan untuk menyokong usahawan PMKS tempatan merebut peluang terbabit.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Nusantara sudah dibuka secara berperingkat sejak Ogos tahun lalu. Oleh itu kerajaan negeri dalam usaha meningkatkan hubungan dagang antara dua dua hala.

“Ia termasuklah bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan menerusi usaha menaiktaraf Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (di Serudong, Kalabakan),” katanya.

Andi Suryady berkata demikian pada sidang media sempena Karnival Usahawan PMKS Sabah 2025 Zon Tawau dan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Dataran Majlis Perbandaran Tawau pada Sabtu.

Mengulas lanjut, beliau optimis akses hubungan wilayah bersempadan menerusi jalan darat, laut dan udara berupaya menambah kerancakan hubungan dagang antara kedua-dua negara.

Menurutnya usaha mempergiat dan memperhebatkan kerjasama dengan negara jiran amat diperlukan lebih-lebih lagi pemimpin tertinggi Malaysia-Indonesia sudah menjalinkan perjanjian persefahaman.

“Banyak peluang terbuka seperti produk kita boleh dieksport ke Indonesia.

“Program kali ini misalnya dilihat satu gerak kerja yang lebih besar untuk memposisikan Tawau dan Kalabakan sebagai hab perniagaan kerana terletak bersempadan Indonesia.

“Penglibatan usahawan PMKS mampu menyediakan peluang meneroka pasaran baharu, mempromosikan produk dan memperkasa produk-produk buatan tempatan,” katanya.

View Original Article