Intan Najuwa jemput anak2 tahfiz ke majlis tahnik Imane Lunara – “Dengar doa, berjurai air mata..”

LocalEntertainment
10 Jan 2025 • 11:12 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Majlis tahnik Imane Lunara

Pelakon terkenal, Datin Intan Najuwa telah mengadakan majlis tahnik untuk cahaya mata sulungnya, Imane Lunara, baru-baru ini.

Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid turut menjemput anak-anak tahfiz ke majlis tersebut yang diadakan secara sederhana di kediamannya.

Majlis tahnik Imane Lunara

@intannajuwaaa

Sejak jadi mak mak ni, dengar doa macamni berjurai2 air mata, haih mommy hati tisu Semoga membesar dengan sihat & menjadi anak yang baik dan solehah my Imane Lunara. Dari dia dalam perut mommy selalu suruh anak anak tahfiz selalu doakan untuk dia. Mommy love you so much. One day you will see all the small things that i did for you. Love, Mommy

♬ original sound - Intannajuwa - Intannajuwa

Dalam perkongsian tersebut, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu gagal menahan sebak apabila mendengar doa yang dibacakan oleh anak-anak tahfiz buat anaknya.

“Sejak jadi mak-mak ni, dengar doa macam ini berjurai-jurai air mata, haih mommy hati tisu,” ujarnya dalam sebuah hantaran di laman TikToknya.

Majlis tahnik Imane Lunara

image is not available

image is not available

Dalam pada itu, Intan mendoakan agar Imane Lunara dapat membesar dengan baik dan sihat serta menjadi anak solehah kepada orang tua kelak.

“Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik dan solehah my Imane Lunara.

“Dari dia dalam perut mommy selalu suruh anak-anak tahfiz selalu doakan untuk dia. Mommy love you so much. One day you will see all the small things that i did for you,” katanya.

image is not available

Terdahulu, Intan selamat melahirkan anak perempuan sekitar 15 Disember 2024 dan memilih nama Imane Lunara buat cahaya mata sulungnya itu.

Sekadar info, Intan telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ahmad Azraf pada 18 Ogos lalu.

Sumber: TikTok @Intan Najuwa