Intan Najuwa tak pernah berharap dapat lelaki sempurna – “Doa dijodohkan orang baik”

LocalEntertainment
4 Nov 2024 • 2:48 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Datin Intan Najuwa tak pernah berharap dapat lelaki sempurna sebagai pasangan hidupnya kerana percaya aturan daripada Allah SWT.

Menerusi satu hantaran di InstStory, Intan atau nama penuhnya, Intan Najuwa Abdul Wahid berkata dia hanya berdoa agar diberikan pasangan yang baik dan boleh menerima aktres itu seadanya.

Intan Najuwa tak pernah berharap dapat lelaki sempurna

image is not available

“Bagi saya, selama saya bujang dulu, tak pernah terlalu mengharap nak suami macam itu ini. Saya cuma doa saya dijodohkan dengan orang yang baik dan terima saya seadanya,” katanya.

Dalam pada itu, aktres berusia 27 tahun itu juga percaya jika sudah ditakdirkan maka pastinya akan ada jalan agar hubungan itu berjaya walaupun terdapat perbezaan.

“Dah kalau nama jodoh, Allah akan atur cantik-cantik. Awak tak perlu tahu bagaimana dan fikir sama ada dia adalah orang yang tepat atau bukan.

“Kalau dialah jodoh awak yang dah ditentukan, gaduhlah macam mana, perangai macam mana pun, baik buruk dia, dah kalau Allah tentukan dia adalah orang yang tepat, ya itulah dia,” ujarnya.

Doa jodoh yang baik, Intan Najuwa tak pernah berharap dapat lelaki sempurna

image is not available

Sementara itu, Intan sempat menitipkan pesanan kepada para gadis di luar sana untuk tidak terlalu memikirkan tentang jodoh kerana ia telahpun ditetapkan oleh Allah SWT.

“InsyaAllah, yang baik-baik akan datang kat awak. So girls, insyaAllah setiap jodoh dan pasangan yang ditentukan kepada kita ada sebab.

“Kadang-kadang, kehidupan kita tak seperti yang kita rancangkan. Teruskan hidup dan jangan hidup dalam penyesalan. Jangan stress-stress mencari jodoh,” katanya.

image is not available

Sekadar info, Intan sah bergelar isteri kepada Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos 2023 dan pada 18 Julai lalu, Intan berkongsi dia sedang hamil anak pertama.

Sumber: Instagram Intan Najuwa