Integrasikan dron dalam operasi harian: Hajiji

27 Jun 2023 • 1:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri menggalakkan syarikat dan industri berkaitan pertanian, industri dan pelancongan di Negeri ini mengintegrasikan penggunaan dron dalam operasi harian, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, ini supaya mereka mampu berkembang seiring dengan kemodenan teknologi semasa.

Menurutnya, pembangunan teknologi dron perlu diadaptasi segera oleh pemain industri memandangkan teknologi itu telah digunakan secara meluas dan mampu menyelesaikan beberapa isu dengan segera termasuk kekurangan tenaga kerja dalam sektor pertanian.

“Kami mengakui bahawa integrasi teknologi dron ke dalam ekonomi Sabah memberi pulangan yang besar untuk kemajuan dan kemakmuran negeri kita. Bagaimanapun, ia memerlukan usaha kolaboratif daripada semua pihak berkepentingan kerajaan, pemain industri, penyelidik dan daripada masyarakat sendiri,” katanya.

SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Terbuka Dron Sabah 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, di sini, Isnin.

Hajiji berkata dron telah menjadi sebahagian daripada teknologi moden, dan aplikasinya berkembang pesat merentasi pelbagai industri, daripada pertanian kepada infrastruktur, daripada perkhidmatan, penghantaran kepada pemantauan alam sekitar.

Menurutnya, dron juga boleh membantu dalam memastikan pemeliharaan ekosistem kita yang rapuh untuk generasi akan datang dan memulihara rizab semula jadi kita yang penting untuk pelancongan dan pemuliharaan alam sekitar.

“Ia bidang baharu yang perlu dirintis dan sudah tentu kami di pihak kerajaan mengalu-alukan dan juga ingin memudahkan pembangunan dan pertumbuhan bidang dron ini.

“Walaupun peraturan keselamatan dan peraturan dron penting untuk dipatuhi untuk memastikan penggunaan dron yang bertanggungjawab dan selamat, adalah sama pentingnya peraturan ini tidak seharusnya menjadi penghalang yang menyekat penggunaan dron yang berpotensi dalam sektor ekonomi kita,” tambahnya.

Menurutnya, dalam era yang didorong oleh kemajuan teknologi yang pesat, adalah penting untuk kita menyedari kepentingan teknologi dan inovasi dalam meningkatkan ekonomi dan masyarakat kita secara keseluruhan.

Beliau berkata Sabah, yang dianugerahkan dengan sumber asli yang kaya, warisan budaya, dan industri pelancongan yang bertenaga, tidak seharusnya ketinggalan dalam perlumbaan penyesuaian teknologi bagi memastikan pertumbuhan yang mampan dan berdaya saing dalam sektor ekonomi.

“Adalah penting bagi kita untuk bersaing dan merebut peluang yang ditawarkan oleh teknologi yang akan membuka jalan kepada kepelbagaian, peningkatan produktiviti, penciptaan pekerjaan, dan pembangunan lestari.

“Oleh itu adalah penting untuk kita menyediakan tenaga kerja untuk memperkasakan era digital melalui inisiatif peningkatan kemahiran,” katanya.

Hajiji berkata teknologi dan inovasi telah menjadi penggerak di sebalik pertumbuhan dan pembangunan ekonomi yang mengubah industri, menambah baik model perniagaan tradisional dan mewujudkan peluang baharu untuk usahawan dan pekerjaan.

“Tambahan pula, ia menarik pelaburan dan memupuk keusahawanan dengan menyediakan platform untuk golongan muda dan perniagaan inovatif untuk berkembang maju.

Ini seterusnya menyumbang kepada penciptaan peluang pekerjaan, pertumbuhan ekonomi dan membina taraf hidup yang lebih baik untuk seluruh masyarakat. Teknologi menjadi satu alat untuk kita membina dunia yang lebih baik untuk kita hari ini dan untuk generasi akan datang”, katanya.

Beliau berkata, penganjuran Hari Terbuka Dron Sabah 2023 menandakan acara penting untuk meneroka potensi besar dron dan bagaimana dron boleh merevolusikan ekonomi kita.

Turut hadir Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Arthur Joseph Kurup dan Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (Sedia) Datuk Seri Hashim Paijan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.