Intel Akan Melabur RM30 Bilion Di Industri Semikonduktor Malaysia – Menjana 9,000 Pekerjaan

TechnologyDigital
19 Jan 2023 • 7:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tengku Zafrul, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kini menyatakan telah bertemu dengan pihak Intel, dan pada masa yang sama, syarikat teknologi gergasi berkenaan akan melakukan pelaburan ke pasaran Malaysia.

Intel menyatakan akan melabur RM30 bilion ke industri semikonduktor di Malaysia, sekaligus menjana lebih 9,000 pekerjaan untuk rakyat tempatan. Pelaburan ini dijangka akan memfokuskan untuk memperluaskan operasi Intel di Pulau Pinang dan juga Kulim.

Untuk makluman, Malaysia merupakan antara fokus utama Intel, dimana mereka telah melakukan pelaburan sejak tahun 1972 lepas. Malah, untuk makluman, Malaysia mempunyai ladang solar terbesar Intel di luar Amerika Syarikat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved