Intel Akan Melancarkan Cip Pemprosesan Komputer Riba Lunar Lake Pada 3 September Ini

TechnologyDigital
31 Jul 2024 • 12:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Intel telah memperkenalkan cip pemprosesan komputer riba terbaru mereka, Lunar Lake sewaktu acara Computex Taipei pada bulan Jun yang lalu. Mereka memperlihatkan beberapa butiran mengenai CPU tersebut yang dilihat akan memperbaharui industri komputer riba.

image is not available

Terkini, Intel telah mengeluarkan kenyataan media yang mengatakan bahawa mereka akan melancarkan siri cip pemprosesan tersebut di acara IFA Berlin pada 3 September ini.

Selain daripada penambahan kepada prestasi dan juga jangka-hayat bateri, cip pemprosesan Lunar Lake ini juga dilihat hadir dengan kemampuan memproses AI yang lebih baik, setinggi 120TOPS apabila ketiga-tiga kuasa memproses AI CPU, NPU dan GPU digabungkan.

Intel juga dijangka akan memperlihatkan rakan-rakan pembangun komputer riba dari pelbagai jenama di acara IFA kelak, dan mungkin akan mengumumkan bilakah komputer-komputer riba yang dikuasakan cip pemprosesan ini akan tiba di pasaran kelak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved