Intel Dilaporkan Pertimbang Beberapa Calon CEO Baharu – Termasuk Lip-Bu Tan Kelahiran Malaysia

TechnologyDigital
4 Dec 2024 • 8:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Lanjutan daripada perletakkan jawatan oleh CEO Intel sebelum ini, Pat Gelsinger secara mengejut pada awal minggu ini, kini pihak Intel dilihat telah memulakan pencarian calon untuk menerajui syarikat berkenaan. Beberapa nama calon diperkatakan, dan salah satunya adalah Lip-Bu Tan kelahuran Malaysia.

Lip-Bu Tan merupakan salah seorang veteran dalam arena semikonduktor. Dilahirkan di Johor pada 1959, Lip-Bu Tan turut mempunyai Ijazah Sarjana dalam kejuruteraan nuklear dari MIT. Kini beliau merupakan pengerusi eksekutif untuk Cadence Design Systems, selain turut melakukan pelaburan melalui Walden Catalyst.

Buat masa ini, kedua-dua pihak tidak mengeluarkan komen berkaitan dengan pencarian CEO baharu ini. Intel turut dilaporkan mempertimbangkan CEO Marvell Technology untuk jawatan CEO Intel.