Intel Melancarkan Kad Grafik Arc Alchemist A380 Untuk Desktop Secara Rasmi – Hanya Di China

TechnologyDigital
16 Jun 2022 • 12:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pengumuman dan pelancaran siri kad grafik Intel Arc Alchemist boleh dikatakan diantara subjek yang paling memeningkan sekiranya anda mengikuti berita mengenainya dalam beberapa bulan ini. Ia diperlihatkan secara ringkas buat kali pertama di acara CES 2022, dan selepas penjualannya ditunda beberapa kali, kad grafik untuk kelas desktop Arc Alchemist ini akhirnya diperlihatkan, tetapi hanya untuk pasaran China.

image is not available

Intel Arc A380 untuk komputer desktop akhirnya sudah dilancarkan, tetapi buat masa ini ia hanya terhad untuk pasaran China sahaja. Kad grafik ini tampil dengan lapan teras Xe dan mempunyai 6GB memori GDDR6 dan dilaporkan mampu menggerakkan permainan-permainan e-sukan popular seperti League of Legends, Moonlight Blade dan PUBG pada resolusi Full HD dan kadar segar semula lebih tinggi daripada 60FPS dengan tetapan pertengahan tanpa begitu banyak masalah.

image is not available

Kad grafik ini juga mampu menggerakkan empat paparan skrin beresolusi 4K dengan kadar segar semula 120Hz dan bersama-sama teknologi baru seperti Intel Xe Matrix Extensions dan Xe Media Engine, mampu menyunting dan mengolah video beresolusi setinggi 8K tanpa masalah.

image is not available

Intel mengatakan bahawa kad grafik Arc A380 ini akan mula dijual di pasaran China terlebih dahulu pada harga sekitar 1030 yuan (~RM680), dan untuk pasaran-pasaran lain ia akan tiba di bulan-bulan akan datang.

Buat masa ini juga ia masih tidak diketahui bilakah Intel akan melancarkan kad-kad grafik yang lebih berkuasa seperti Intel Arc A780 dan sebagainya.