Intel Memberikan Kemaskini Menyelesaikan Isu Prestasi Cip Siri Core Ultra 200S

TechnologyDigital
19 Dec 2024 • 10:31 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Cip Intel Core Ultra 200S baru sahaja dilancarkan Oktober lalu tetapi pengguna dan pengulas awal melaporkan isu prestasi gaming yang agak ketara. Dalam beberapa kes serius, prestasi cip siri Core Ultra 200S ini adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan prestasi cip Intel Gen-14 sebelumnya.

image is not available

Empat isu dikenalpasti oleh Intel dengan kemas kini telahpun diberikan menerusi Windows 11 build 26100.2161. Antara isu yang dikesan ialah pakej untuk Performance & Power Management (PPM) yang tidak lengkap. Isu-isu ini menyebabkan pengurangan prestasi cip antara 6%-30% dan dalam kes lebih serius mewujudkan isu BSOD.

Sebuah lagi kemas kini akan diberikan pada bulan Januari bagi meningkatkan prestasi cip dalam sesetengah permainan video dan juga aplikasi. Pemilik cip Arrow Lakes disarankan mengemaskini BIOS pada kadar segera untuk menyelesaikan isu-isu ini.