Intel Memperkenalkan Arc A760A – Cip Pemproses Untuk Industri Automotif

TechnologyDigitalCars
9 Aug 2024 • 11:39 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Di acara Intel AI Cockpit Innovation Experience yang berlangsung baru-baru ini, Intel telah memperkenalkan sebuah cip SoC (System on a Chip) baru khusus untuk kegunaan dalam industri automotif, iaitu Intel Arc A760A.

image is not available

Cip pemprosesan ini dibangunkan khusus untuk memudahkan syarikat-syarikat automotif untuk membina sebuah komputer yang boleh mengawal pelbagai jenis aspek kenderaan mereka, seperti sistem inforia dan pelbagai kawalan kenderaan yang lain.

Bercakap mengenai kawalan kenderaan, cip Arc A760A ini hadir dengan kemampuan untuk membolehkan pengguna akses kepada kawalan kenderaan melalui beberapa cara, termasuklah arahan suara, gerakan tangan dan juga pengautomasian menggunakan kecerdasan buatan.

Malah, dari segi riadah, Intel mengatakan bahawa dengan kuasa cip pemprosesan grafik Intel Arc, ia tidak mengejutkan untuk melihat sistem inforia terbina mampu menggerakkan permainan-permainan komputer tanpa begitu banyak masalah.

image is not available

Daro segi komponen, cip SoC Intel Arc A760A ini hadir dengan 28 teras Xe dan mempunyai sebanyak 16GB memori GDDR6 terbina didalamnya.

Dalam pada itu, Intel juga telah menyediakan pilihan SoC cip pemprosesan berbeza bergantung kepada segmen kenderaan, dan mengatakan bahawa untuk kenderaan-kenderaan didalam kelas lebih premium, SoC ini boleh dimuatkan dengan kad grafik Intel untuk kuasa pemprosesan yang lebih hebat lagi untuk kawalan kenderaan yang lebih meluas.

Kuasa pemprosesan ini, digabungkan dengan program AI PC Accelerator mereka yang memperlihatkan lebih 100 pembangun perisian sudahpun 500 ciri baru dengan SoC ini, yang membolehkan pembuat kereta untuk memilih sahaja teknologi ataupun ciri-ciri yang dimahukan dan dipasangkan secara terus kepada sistem inforia dengan cepat dan mudah.

image is not available

Intel menjangkakan bahawa cip SoC Intel Arc A760A ini akan mula diperlihatkan didalam kenderaan-kenderaan pengguna seawal 2025 kelak, tetapi buat masa ini belum memberitahu siapakan diantara klien-klien mereka yang akan menggunakan cip ini.