Keretanan sekuriti yang diberi nama Downfall dikesan pada cip keluaran Intel Skylake (Gen 6), Tiger Lake (Gen 11) dan Ice Lake (Gen 10). Ia cukup serius kerana mendedahkan pengguna kepada serangan yang boleh menyebabkan kata laluan, kunci penyulitan, maklumat perbankan, email dan mesej dibaca oleh penggodam.

Intel secara mengeluarkan tampalan sekuriti untuk Downfall hari ini. Namun begitu ia boleh dinyahaktifkan oleh pengguna kerana tampalan ini boleh memberikan kesan kepada prestasi cip. Intel walaupun mengatakan impaknya terhadap prestasi tidak dikesan pada majoriti kegunaan harian.
Kerentanan hanya dikesan pada cip-cip Intel yang dikeluarkan antar tahun 2015 hingga 2021. Cip dari keluarga Alder Lake, Raptor Lake, dan Sapphire Rapid tidak terkesan oleh kerentanan Downfall.
- Sumber
- Intel
