Intel Mengesahkan Acara Ucaptama Di CES 2025 – Akan Hadir Dengan Fokus Terhadap AI

TechnologyDigital
26 Dec 2024 • 1:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Seperti yang sedia maklum, Intel akan berada di acara CES 2025 untuk memperlihatkan penawaran siri cip pemprosesan terbaru mereka, khususnya untuk siri cip pemprosesan komputer riba berprestasi tinggi, siri Intel Core Ultra 200H dan Core Ultra 200HX.

Intel baru-baru ini telah mengeluarkan ciapan di X/Twitter dengan mengatakan bahawa mereka akan mengadakan ucaptama di acara CES 2025, dan disamping memperkenalkan cip-cip pemprosesan tersebut, mereka juga akan hadir dengan fokus terhadap kecerdasan buatan.

Selain daripada penggunaan teknologi AI untuk sektor pengguna dan juga perniagaan dan perkhidmatan, Intel juga akan memperlihatkan bagaimana teknologi AI mereka boleh dimanfaatkan untuk membangunkan kenderaan pintar dan swapandu.

image is not available

Acara ucaptama ini akan diadakan pada 6 Januari 2025 pada jam 8.30 pagi waktu PST, dan akan distrim secara atas talian. Sama-sama kita nantikan pengumuman mereka di acara tersebut.