Pada awal tahun lepas, kami telah melaporkan bahawa Intel telah mula menghentikan pengeluaran cip pemprosesan generasi ke-12 mereka, Intel Alder Lake untuk komputer riba. Setahun kemudian, Intel nampaknya akan menghentikan pengeluaran siri cip pemprosesan tersebut sepenuhnya dengan pengumuman penghentian pengeluaran cip kelas desktop juga.
Siri cip pemprosesan Intel Alder Lake dilancarkan kira-kira empat tahun yang lepas, jadi ia bukanlah sebuah siri cip pemprosesan yang lama, khususnya apabila seperti yang kami katakan, siri cip pemprosesan komputer ribanya juga telah dihentikan pada tahun lepas.

Intel telah mengesahkan bahawa ini bermakna bahawa semua siri cip pemprosesan dibawah model tersebut, dari model Intel Core i9 sehinggalah Intel Celeron untuk desktop akan dihentikan, dari pilihan cip yang dijual didalam kotak dan juga yang dihantar kepada jenama PC OEM untuk dipasang dalam komputer siap-pasang.
Untuk syarikat-syarikat tersebut, pesanan terakhir untuk siri cbip pemprosesan ini boleh dibuat pada 25 Julai 2026 dan penghantaran terakhir akan dibuat pada 22 Januari 2027.
Dalam pada itu, Intel juga telah mengesahkan bahawa sejumlah siri cip pemprosesan pusat data Intel Xeon dibawah model Sapphire Rapids Scalable CPU juga akan dihentikan pengeluarannya. Pengumuman yang dikeluarkan Intel berkenaan CPU ini sudahpun diketahui sejak September tahun lepas, dan tarikh terakhir penghantarannya telah ditetapkan pada 21 Mac 2028.
Ini bermakna bahawa sokongan untuk kedua-dua


