Intel Menjual Perniagaan Dron Cahaya Mereka Kepada Adik Elon Musk

TechnologyDigital
7 Jul 2022 • 3:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Intel ialah sebuah syarikat teknologi yang mempunyai banyak perniagaan lain dibawahnya selain daripada pembangunan teknologi semikonduktor dan cip pemprosesan untuk komputer. Salah satu daripadanya ialah perniagaan dron cahaya yang dinamakan Intel Drone Light Shows.

Perkhidmatan dron cahaya tersebut pernah digunakan untuk pelbagai acara dron cahaya seperti Sukan Olimpik dan sebagainya. Kini, ia telah dilaporkan bahawa perniagaan ini telah dijual kepada adik Elon Musk, iaitu Kimbal Musk melalui sebuah syarikat baru yang dibangunkan, iaitu Nova Sky Stories.

image is not available

Dengan pengambil-alihan ini, Nova Sky Stories juga memiliki 9000 dron cahaya yang dibangunkan oleh Intel, termasuklah perisian yang digunakan untuk memprogram dan mengawal dron-dron tersebut, bersama-sama dengan para pekerja yang tertakluk dibawah perniagaan ini.

Selain daripada menyertai acara-acara besar, dron-dron Intel ini juga digunakan untuk tujuan pemeriksaan dan pemetaan lokasi, tinjauan tanah dan sebagainya.

Walaupun begitu, tanda harga pengambilalihan ini tidak diketahui, tetapi Intel telah mengesahkan bahawa mereka tidak lagi memiliki perniagaan dron ini, dan telahpun menjualnya kepada Nova Sky Stories.