Intelektual perlu serius sebar kefahaman isu Palestin-Israel

Politics
21 Jan 2024 • 5:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohamad. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Para inteklektual termasuk pensyarah universiti digesa memainkan peranan serius untuk menerangkan latar belakang dan dinamik geopolitik dunia yang membawa kepada pewujudan negara haram Israel seterusnya mencetuskan konflik berpanjangan Palestin-Israel.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kefahaman umat Islam terhadap dinamik geopolitik berkenaan amat penting supaya mereka tidak mudah terperangkap dengan permainan kuasa negara-negara Barat termasuk berkaitan konflik Palestin-Israel.

"Dengan ketidakfahaman ini, umat Islam terperangkap dengan permainan Barat, khasnya di negara-negara Arab,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, umat Islam harus sedar bahawa negara Israel diwujudkan oleh kuasa Barat selepas kejatuhan kerajaan-kerajaan Islam ketika dahulu termasuk kerajaan Uthmaniyah.

"Jangan lupa bahawa Israel diwujudkan dengan menghalau penduduk-penduduk asal Palestin.

"Negara Israel tidak wujud sebelum tahun 1948.

"Bumi yang mereka (kuasa Barat) jajah itu (sebelum diserah kepada Israel) tetap dengan nama Palestin," katanya.

Namun, beliau berpandangan negara Barat tidak lagi dapat 'menutup mata' mengenai pelanggaran hak asasi manusia yang dilakukan rejim Zionis di Palestin. - Bernama

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved