Interpol tahan 219 penjenayah dalam operasi pemerdagangan manusia

25 Jun 2024 • 1:32 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

ISTANBUL: Operasi antipemerdagangan manusia antarabangsa utama melakukan 219 tangkapan dan mengenal pasti 1,374 mangsa yang berpotensi, termasuk 153 kanak-kanak, di 39 negara, lapor Agensi Anadolu (AA).

Operasi Global Chain, yang diketuai oleh Austria dengan kerjasama Romania, Europol, Agensi Pengawal Sempadan dan Pantai Eropah (Frontex) dan Interpol, telah dijalankan pada 3-9 Jun dengan tujuan membanteras rangkaian jenayah berisiko tinggi yang terlibat dalam eksploitasi seksual, buruh paksa dan mengemis paksa.

Operasi selama seminggu itu melibatkan polis dan pengawal sempadan dari beberapa benua dan memberi tumpuan kepada rangkaian jenayah yang terlibat dalam pemerdagangan manusia, terutamanya kanak-kanak.

Hasilnya, pihak berkuasa membuka 276 siasatan baharu dan mengenal pasti 362 suspek tambahan. Mereka juga merampas 2,074 aset jenayah termasuk wang tunai dan peralatan serta mengesan 363 dokumen palsu, menurut laporan Interpol.

SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more Semakan terhadap pangkalan data global Interpol menghasilkan 12 padanan, termasuk dua individu yang dikehendaki di bawah notis merah Interpol.

“Operasi seperti Global Chain menunjukkan bahawa tiada negara atau benua yang kebal terhadap pemerdagangan manusia dan eksploitasi. Sama ada dilakukan oleh ahli keluarga atau kumpulan jenayah terancang, kesannya terhadap mangsa sangat dahsyat.

“Sebagai komuniti penguatkuasaan undang-undang global, kami komited untuk berkongsi maklumat penting bagi membawa pelaku ke muka pengadilan,“ kata Richard Chambers, pengarah jenayah terancang Interpol.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.