Invois Palsu Lebih RM800,000, 3 Individu Ditahan

20 Jul 2022 • 4:04 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

KUALA LUMPUR - Tiga individu ditahan selepas dipercayai mengemukakan invois palsu bernilai lebih RM800,000 kepada pejabat sebuah kementerian, hampir tiga tahun lalu.

Sumber memberitahu Getaran, kesemua suspek itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah ketika hadir memberi keterangan di pejabat suruhanjaya berkenaan di Kota Kinabalu, sekitar jam 10 pagi tadi.

“Ketiga-tiga mereka dipercayai telah mengemukakan invois palsu berkaitan tuntutan bayaran kos pengangkutan projek bagi tempoh tiga bulan, bermula September hingga November 2019,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

“Ketiga-tiga mereka dijangka dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu dalam masa terdekat,” katanya. - Getaran, 20 Julai 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved