iOS 16.4 Membenarkan Penggunaan 5G Dengan Lebih Mudah Pada iPhone

TechnologyDigital
28 Mar 2023 • 1:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Selepas sekitar sebulan Apple memperkenalkan iOS 16.4 untuk para pembangun dan penguji versi beta akhirnya ia diedarkan kepada orang ramai hari ini.

Kemaskini ini membawakan 21 emoji baharu, menyokong paparan notifikasi aplikasi web terus ke skrin utama, panggilan telefon menyokong ciri mod mikrofon untuk pengasingan suara, album gambar boleh mengesan kandungan duplikasi, dan banyak lagi.

image is not available

Salah satu ciri yang turut dilihat dikekalkan dari versi beta adalah sokongan 5G yang menggunakan profil generik. Melaluinya tidak kira pelan telko mana yang anda gunakan yang sedia menyokong 5G di Malaysia boleh terus diaktifkan. Dalam cubaan saya, Yes 5G dan Yoodo tiada masalah disambungkan pada rangkaian 5G.

Sebelum ini semasa ujian beta, terdapat pengguna yang berjaya mendapatkan sambungan 5G untuk Unifi Mobile. Jadi saya yakin versi stabil ini juga akan kekal menyokongnya sepertimana Yes dan Yoodo (hanya peranti Android secara rasmi) boleh digunakan pada iPhone.

image is not available

Kelajuan yang dilihat boleh dicapai adalah sehingga 647.26 Mbps untuk muat turun dan 102.02 Mbps untuk muat naik. Bukan itu sahaja sokongan panggilan telefon VoLTE turut boleh digunakan.