iOS 16 sedia dimuat turun pengguna di Malaysia dan seluruh dunia, pastikan sambung ke WiFi kerana saiz sangat besar

Digital
13 Sep 2022 • 10:45 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Apple telah melepaskan versi terkini sistem operasi untuk iPhone iaitu iOS 16. Ia dibuat sejurus pelancaran model terbaru mereka, siri iPhone 14 yang kini hadir dalam empat model iaitu iPhone 14, iPhone 14 Plus, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max.

Jika anda tidak menerima notis mengenai kesediaan iOS 16 di iPhone, anda boleh memulakan pemasangan secara manual dengan pergi ke bahagian Settings > General > Software Update. Saiz fail sekitar 3GB, bergantung kepada model iPhone dan versi iOS sedia ada. Jika data mudah alih anda terhad, pastikan anda bersambung ke WiFi dahulu.

image is not available

Mungkin ada yang terkejut melihat adanya kemaskini iOS 15.7 tetapi usah khuatir. Anda boleh terus memuat turun kemaskini iOS 16 dengan memilih iOS 16 di bawah.

Tetapi sebelum itu, pastikan peranti anda boleh memasang iOS 16 dahulu. Ini kerana model paling lama serasi iOS 16 adalah iPhone 8 dan iPhone SE Gen-2. Model lama seperti iPhone 6s, iPhone 7 dan iPhone SE (gen-1) yang menerima kemaskini sehingga iOS 15, tidak lagi boleh memasang iOS 16.

Berikut adalah model yang sedia dipasang iOS 16:

  • iPhone 14
  • iPhone 14 Plus
  • iPhone 14 Pro
  • iPhone 14 Pro Max
  • iPhone 13
  • iPhone 13 mini
  • iPhone 13 Pro
  • iPhone 13 Pro Max
  • iPhone 12
  • iPhone 12 mini
  • iPhone 12 Pro
  • iPhone 12 Pro Max
  • iPhone 11
  • iPhone 11 Pro
  • iPhone 11 Pro Max
  • iPhone XS
  • iPhone XS Max
  • iPhone XR
  • iPhone X
  • iPhone 8
  • iPhone 8 Plus
  • iPhone SE (gen-2)
  • iPhone SE (gen-3)

image is not available

iOS 16 membawakan beberapa pembaharuan seperti skrin kunci boleh diubahsuai, widget baru bersama Live Activities, perkongsian galeri gambar iCloud, Messages dinaik taraf dengan SharePlay dan banyak lagi.

Anda boleh semak ciri-ciri baharu di iOS 16 dalam artikel kami di sini.

Bacaan Berkaitan