iOS 17 Dikhabarkan Akan Mempunyai Control Center Baharu

TechnologyDigital
7 Apr 2023 • 11:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

iOS 17 sebelum dikhabarkan tidak akan mempunyai banyak perubahan kecuali pada aplikasi Apple tersendiri. Ini kerana Apple dikatakan akan fokus kepada pembangunan xrOS untuk set kepala realiti terimbuh mereka.

MacRumors baru-baru ini melaporkan yang Apple mungkin akan membawa perubahan besar pada Control Center iOS. Control Center atau “Pusat Kawalan” pada iOS dan iPadOS ini memberi akses pantas kepada pengguns untuk banyak tetapan dan aplikasi-aplikasi tertentu.

image is not available

Ciri ini mula diperkenalkan pada iOS 7 dan menerima perubahan besar pada iOS 11. Kini selepas berapa generasi nampak lebih kurang sama akan ada perubahan baharu? Apa yang akan diubah masih tidak didedahkan lagi tetapi mungkin lebih ke arah kemampuan kustomasi ciri dan fungsi.

iOS 17 juga dikhabarkan akan memfokuskan kepada prestasi dan keseimbangan sistem. Kita hanya akan melihat perubahan ini benar atau tidak pada 6 Jun nanti ketika acara WWDC 2023.