Apple melalui iOS18 kelak dilihat akan membawakan salah satu fungsi yang sangat berguna, iaitu kebolehan untuk menjeda (pause) sesuatu rakaman video melalui aplikasi Camera pada iPhone.

Sebelum ini, pengguna tidak boleh melakukan perkara berkenaan, dan hanya boleh melakukan merakam video dan menghentikannya sahaja. Dengan langkah pengenalan menjeda video ini, ia dijangka akan membawa sejumlah kaedah kreatif dalam merakam video dalam kalangan pengguna.
Apple pada hari ini menguji ciri ini melalui iOS 18 RC, dan dijangka diperkenalkan kepada semua melalui kemaskini iOS 18 akan datang pada 16 September 2024.


