Adakah anda tidak gemar menanti bila bateri telefon akan dicas ke 100% ? Jika anda mengangguk seperti Ahli Fikir, iOS 26 membawakan ciri baharu yang menyelesaikan dua masalah serentak. Apabila iPhone dicas, waktu diambil untuk mengecas ke 80% dan 100% kini dipaparkan dalam tetapan Battery. Kami menyedari ciri ini selepas mengemaskini ke iOS 26 Developer Beta pagi tadi.

Anggaran diberikan dalam minit dan menarik di sini ialah iOS 26 adalah sistem operasi pertama yang menawarkan anggaran ke 80%. Mengapa 80% mungkin soalan anda dan jawapannya ialah ini ialah had pengecasan pantas. Selepas 80%, pengecasan akan diperlahankan bagi menjaga hayat jangka panjang bateri. Ia juga memberikan anggaran terpantas bateri mencukupi untuk digunakan hampir sepanjang hari.
Yang kami rasakan sedikit kecewa ialah anggaran waktu pengecasan hanya boleh dilihat dalam menu Battery anda tidak di skrin kunci ataupun Dynamic Island. Diharapkan dalam versi akhir iOS 26 nanti, dua ciri ini akan diberikan kerana ia sudahpun menjadi standard pada peranti Android.
