iOS17 : Anda Boleh Tinggalkan Rakaman Video Atau Audio Sekiranya FaceTime Tidak Berjawab

TechnologyDigital
6 Jun 2023 • 5:20 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Melalui iOS 17, Apple menyertakan sejumlah ciri-ciri baharu dalam memudahkan komunikasi. Salah satu yang turut disertakan adalah memfokuskan kepada penggunaan FaceTime.

FaceTime adalah ciri panggilan video dan audio yang hadir terbina pada peranti Apple, dan memudahkan komunikasi antara pengguna Apple dengan mudah.

image is not available

Melalui iOS17, Apple memudahkan lagi proses komunikasi berkenaan, dimana pemanggil boleh meninggalkan mesej berbentuk rakaman video atau suara – sekiranya panggilan mereka tidak dijawab oleh penerima panggilan berkenaan.

Dengan langkah ini, penerima panggilan tersebut boleh menyemak mesej rakaman tersebut dan mengembalikan panggilan kepada anda secara FaceTime.

Ciri ini akan hadir pada iOS 17 yang dijadualkan ditawarkan kepada semua pengguna iPhone sekitar September atau Oktober 2023 kelak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved