Apple sedia diperkatakan akan mengadakan acara khas pada bulan Oktober ini dalam memperkenalkan beberapa produk baharu. Terbaru, Bloomberg melaporkan Apple akan mengadakan acara khas mereka pada penghujung bulan Oktober dan produk baharu berkenaan akan dijual bermula 1 November 2024 kelak.

Antara produk yang dijangka diperkenalkan adalah iPad Mini baharu, selain MacBook Pro baharu yang dikuasakan dengan cip Apple M4, bersama-sama juga dengan Mac Mini baharu yang dikuasakan cip Apple M4. Apple sendiri dijangka memperkenalkan beberapa variasi cip M4 yang menawarkan kuasa pemprosesan lebih tinggi sesuai dengan keperluan tugasan seseorang.
Dengan perkembangan baharu ini, sekiranya anda merancang mendapatkan tablet atau komputer riba baharu, mungkin boleh nantikan sehingga awal November ini sebelum membuat keputusan pembelian.


