iPad Mini Baharu Mungkin Dilancarkan Pada Hujung Tahun 2023

TechnologyDigital
28 Dec 2022 • 12:41 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

iPad Mini 2021 hadir dengan rekaan serba baharu selari dengan iPad Air dan iPad Pro, iaitu rata pada sisi, skrin dan belakang peranti.

image is not available

Ia juga hadir dengan skrin lebih berkualiti bersaiz 8.3-inci, dijana cip A15 Bionic, menyokong pengecasan USB-C, Touch ID pada butang kuasa dan harga jualan bermula RM2,399.

Terkini, menurut penganalisa terkenal Ming-Chi Kuo – iPad Mini generasi seterusnya hanya akan dilancarkan pada hujung tahun 2023 atau suku pertama tahun 2024.

image is not available

iPad dengan skrin boleh-lipat dikatakan tidak akan menjadi pengganti kepada iPad Mini, sebaliknya penggunaan cip pemprosesan baharu akan menjadi penarik perhatian.

Buat masa ini tiada butiran lanjut mengenai iPad Mini baharu ini. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut mengenainya.