IPD Kuching Buru Penunggang Motosikal Buat Provokasi Di Jalan Demak

16 Mar 2024 • 12:44 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Video ajak ‘one by one’ tersebut tular di media sosial

IPD Kuching Buru Penunggang Motosikal Buat Provokasi Di Jalan Demak. IPD Kuching telah mengesan seorang lelaki yang menunggang motosikal dan melakukan provokasi kepada pengguna jalan raya lain di Jalan Demak berhadapan pasar raya Mydin Kuching, semalam.

ACP Ahsmon Bajah, Ketua Polis Daerah Kuching, menyatakan bahawa kejadian dipercayai berlaku pada jam 5:20 petang.

image is not available
IPD Kuching Buru Penunggang Motosikal Buat Provokasi Di Jalan Demak. Sumber: Facebook

“Kami menerima satu laporan polis berkaitan dengan video yang tular tersebut.

“Pihak polis kini mengesan penunggang motosikal terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ahsmon, kes kini masih dalam siasatan di bawah seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Justeru, beliau meminta orang ramai untuk menyampaikan sebarang maklumat berkaitan kepada pihak polis atau balai polis berhampiran.

Sebelum ini, video berdurasi 1.50 minit telah menjadi tular di Facebook. Video tersebut menunjukkan motosikal tanpa nombor pendaftaran yang ditunggang oleh seorang lelaki bersama seorang pembonceng lelaki yang melakukan provokasi terhadap pengguna jalan raya lain.

Baca lagi artikel menarik:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved