iPhone 14 & iPhone 14 Plus RM650 lebih murah, sambar sebelum habis stok

Digital
15 May 2023 • 2:11 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Anda sedang usyar siri iPhone 14? Ada berita baik buat anda kerana kami dapati yang Machines menjualnya pada harga RM650 lebih rendah berbanding harga rasmi. Berikut adalah harga promosinya:

  • iPhone 14 128GB – RM4,199 RM3,549
  • iPhone 14 256GB – RM4,699 RM4,049
  • iPhone 14 512GB – RM5,699 RM5,049
  • iPhone 14 Plus 128GB – RM4,699 RM4,049
  • iPhone 14 Plus 256GB – RM5,199 RM4,549
  • iPhone 14 Plus 512GB – RM6,199 RM5,549

image is not available

Selain daripada RM650 lebih murah, anda juga boleh lihat yang harga promo untuk varian 256GB lebih murah daripada harga rasmi varian 128GB. Jadi, kalau anda ada bajet lebih, tiada salahnya anda laburkan pada veriasi 256GB dek storan yang lebih luas.

Tambah menarik, harga promo ini terpakai untuk semua warna termasuklah warna terbaharu, Yellow.

Untuk menyegarkan kembali ingatan anda, iPhone 14 adalah telefon terkecil dalam keluarganya setelah Apple menghentikan pengeluar varian mini setakat iPhone 13 Mini. iPhone 14 mempunyai dimensi sama seperti iPhone 14 Pro tapi sistem kameranya berada lebih rendah.

iPhone 14 ada panel paparan 6.1" dengan sistem dwikamera belakang 12MP+12MP. Kamera selfie adalah 12MP juga. Siri kali ini mengguna pakai cip Apple A15 Bionic.

iPhone 14 Plus pula memiliki segala-gala yang ada pada iPhone 14 kecuali panel paparan lebih besar iaitu pada 6.7".

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved