iPhone 15 Akan Ditawarkan Di Malaysia Bermula 29 September 2023

TechnologyDigital
13 Sep 2023 • 2:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple hari ini telah memperkenalkan beberapa peranti baharu, dan menjadi fokus utama adalah iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 15 Pro dan juga iPhone 15 Pro Max. Selari pengumumannya, kini pihak Apple mengesahkan kesemua model ini akan ditawarkan di Malaysia bermula 29 September 2023 kelak.

Para pengguna tempatan juga turut boleh melakukan pra-tempahan, kebiasaannya seminggu sebelum penawaran berkenaan.

image is not available

Mencuri perhatian pada siri iPhone 15 adalah penggunaan USB-C yang menggantikan penggunaan Lightning sebelum ini. Ia sekaligus menyeragamkan penggunaan kabel pengecas antara peranti Apple – dari iPhone, MacBook dan kini pada iPhone.

Kesemua model juga kini hadir dengan Dynamic Island – iaitu ruangan berbentuk “pil” pada skrin hadapan yang turut boleh disesuaikan bersama animasi notifikasi.

image is not available

Siri iPhone 15 Pro pula hadir dengan cip Apple 17 Pro, selain turut dilengkapi dengan binaan berasaskan Titanium, selain hadir dengan sebuah butang baharu ditepi, dinamakan Action Button.

Di Malaysia, iPhone 15 ditawarkan pada harga bermula RM4399, iPhone 15 Plus pada harga bermula RM4899, iPhone 15 Pro pada harga bermula RM5499 dan juga iPhone 15 Pro Max pada harga bermula RM6499.