iPhone 16 Pro Dikhabarkan Akan Menggunakan Saiz Skrin Mencapai 6.9-Inci

TechnologyDigital
9 May 2023 • 12:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Ross Young iaitu penganalisa yang terkenal dengan ramalan produk Apple kini telah berkongsi mengenai iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max. Katanya saiz skrin dua iPhone ini adalah sekitar 6.3″ untuk iPhone 16 Pro dan 6.9″ untuk Pro Max.

Saiz sebenar skrin dua peranti ini adalah 6.2x-inci dan 6.8x-inci dan nilai sebenar hanya akan didedahkan nanti. Dua saiz ini adalah lebih besar dari iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max yang masing-masing menggunakan skrin 6.1″ dan 6.7″.

image is not available

Saiz baharu ini dikatakan hanya akan berlaku pada kedua-dua iPhone 16 Pro sahaja. Tiada informasi mengenai dua lagi iPhone 16 yang biasa. Untuk iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max jika replika yang Unbox Therapy dedahkan benar bermakna dua iPhone ini akan menggunakan skrin dengan bezel yang sangat nipis.

image is not available

Bezel nipis ini mungkin akan diteruskan pada iPhone 16. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai perkembangan produk Apple ini.