iPhone 17 Dijangka Menggunakan Cip WiFi Yang Dibangunkan Sendiri Oleh Apple

TechnologyDigital
21 Feb 2025 • 3:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple melalui iPhone 16e telah pun memperkenalkan modem selular mereka tersendiri, dinamakan Apple C1. Tidak setakat itu, Apple juga dilihat akan menggantikan penggunaan cip untuk WiFi pada iPhone 17 dengan menggunakan cip yang dibangunkan mereka tersendiri, sekaligus menggantikan penggunaan cip Broadcom sebelum ini.

image is not available

Mengikut laporan terbaru yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini. Ini sekaligus akan membolehkan Apple terus mengurangkan kos, dan pada masa yang sama menambah-baik sokongan sambungan antara peranti Apple – satu sama lain.

Dengan langkah ini, Apple dilihat semakin hampir menggantikan pelbagai komponen kepada yang dibangunkan dan direkabentuk mereka sendiri, termasuk cip pemprosesan dan lain-lain.