iPhone adalah sebuah peranti yang cukup berkuasa. Walaupun jarang Apple mempromosikan kemampuan gaming peranti mereka, ramai sahaja atlet e-sukan yang menggunakan iPhone sebagai peranti utama. Masalah yang jelas berlaku adalah apabila iPhone menjalankan permua dalam jangka masa panjang, peranti mudah memanas. Akan datang, perkara ini diselesaikan dengan teknologi yang sudah bertahun lamanya digunakan pada peranti Android.

Menurut laporan 9to5Mac, terdapat peniris yang boleh dipercayai mendedahkan yang iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max akan mempunyai kebuk penyejukan wasap dengan cecair terbina. Ia akan menjadi sistem penyejukan peranti untuk memastikan peranti beroperasi pada suhu yang normal dan tidak berlakunya masalah pemanasan.
Sejak iOS 18 dan iPhone 16, Apple turut telah memperkenalkan mod gaming tersendiri dan profil permainan yang memastikan iOS mengendalikan dan mengurus memori secara lebih baik ketika ada permua yang aktif .

![Ramai Terhibur, Influencer Kira Gaji Selesa Jika Nak Makan Ayam Gepuk Setiap Hari [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)
