
Antara misteri mengenai penegcasan siri iPhone 18 Pro ialah apakah kuasa yang disokong tahun lalu. Apple sekadar mengatakan bateri boleh dicas ke 50% dalam masa 15 minit yang merupakan terpantas pernah disokong iPhone setakat ini.

Misteri mengenai pengecasan terungkai selepas ulasan Xiaobai’s Tech Reviews diterbitkan di YouTube. Ia mendedahkan iPhone 18 Pro Max boleh dicas pada kuasa puncak 52W. Bateri dicas ke 55% dalam masa 15 minit dan ke 100% dalam masa 55%. Bateri yang digunakan pada iPhone 18 Pro Max ialah 5400 mAh. Ia lebih pantas berbanding iPhone 17 Pro Max yang mengecas bateri 4823 mAh dengan kuasa pengecasan maksimum 35W.
Kuasa pengecasan 52W pada iPhone 18 Pro Max tidak digunakan sepanjang masa dengan ia hanya berlalu di peringkat awal pengecasan sahaja. Sungguhpun begitu ia adalah pencapaian yang baik kerana untuk sekian lama, iPhone mempunyai sistem pengecasan paling perlahan dalam kalangan peranti mercu.

