iPhone Air Hanya Dilengkapi Speaker Mono

TechnologyDigital
10 Sep 2025 • 3:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bukan sahaja iPhoe Air hanya dilengkapi USB-2 yang lebih perlahan, nampaknya ia juga memegang status sebagai satu-satunya peranti mercu yang dilengkapi speaker mono. Apabila laman spesifikasi iPhone Air diakses, dapat dilihat ia tidak mempunyai speaker di bahagian bawah. Hanya satu speaker diletakkan di bahagian atas berhampiran dengan lubang kamera swafoto.

image is not available

Sokongan audio mono ini juga disahkan pada laman yang sama kerana audio spatial hanya boleh dinikmati sekiranya iPhone Air dipadankan dengan sepasang AirPods. Selain itu harus dinyatakan iPhone Air di pasaran Malaysia juga hanya menyokong dua eSIM dengan ia tidak mempunyai ruang untuk talam SIM fizikal seperti iPhone 17 Pro dan iPhone 17.

iPhone Air nampaknya dipasarkan kepada mereka yang mencari peranti mercu paling minimalis. Kamera hanya satu, bateri paling minimum, USB perlahan, tiada talam SIM dan speaker mono. Ini mungkin langkah terbaik kerana selepas mengulas Galaxy Z Fold7 dan Magic V5, peranti tubuh nipis menghasilkan audio yang tidak memuaskan kerana kekangan ruang untuk kebuk audio.