iPhone SE Baharu Akan Hanya Dilancarkan 2024

TechnologyDigital
22 Dec 2022 • 9:43 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

iPhone SE ialah satu-satunya siri iPhone yang masih dijual oleh Apple dengan butang home fizikal dan saiz yang kecil. Walaupun rekaannya agak ketinggalan zaman, ia masih mempunyai sebilangan kecil peminat yang mahu peranti dengan rekaan klasik. Bagi mereka yang menanti iPhone SE baharu, menurut Ming-Chi Kuo ia mungkin akan dilancarkan pada tahu 2024.

image is not available

Model baharu tidak akan ditawarkan pada tahun 2023 bagi mengurangkan kos produksi membangunkan sebuah peranti baharu. Beberapa ura-ura sebelum ini mengatakan iPhone SE 2024 akan menggunakan semula rekaan iPhone XR yang menandakan berakhirnya era butang home fizikal dan Touch ID.

iPhone SE Gen-3 yang dijual awal tahun ini tidak mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Dalam ulasan kami, ia adalah peranti yang berkuasa tetapi penggunaan skrin LCD yang kecil dan ketahanan bateri yang tidak memberangsangkan membuatkan kami sukar menyarankannya berbanding model iPhone yang lain.