iPhone SE Bersama iPad Baharu Dijangka Diperkenal Menjelang April

TechnologyDigital
8 Jan 2025 • 8:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak beberapa bulan lepas, kita sedia mendengar berkenaan dengan telefon pintar Apple pada harga kompetitif, iaitu iPhone SE akan diperkenalkan pada tahun 2025 ini. Malah, beberapa desas-desus turut mengatakan ia mungkin dinamakan iPhone 16E.

Terbaru, hadir perkongsian daripada wartawan Bloomberg, mengatakan iPhone SE dan juga iPad baharu akan diperkenalkan oleh Apple menjelang April 2024 ini.

image is not available

Ia dikatakan Apple menguji iPhone SE dengan iOS 18.3, dan mungkin memperkenalkan ia sebelum pengenalan kemaskini iOS 18.4 yang dijadualkan sekitar April kelak. Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan pengenalan iPhone pada harga kompetitif ini dalam masa beberapa bulan lagi.

View Original Article