IPO Wentel Engineering terlebih langganan 17.72 kali

Business & Finance
24 Jan 2024 • 6:10 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

IPO Wentel Engineering terlebih langganan 17.72 kali

johardy

24/01/2024 - 18:10

KUALA LUMPUR 24 Jan - Bahagian awam tawaran awam permulaan (IPO) pembuat logam Wentel Engineering Holdings Bhd terlebih langganan sebanyak 17.72 kali berbanding cadangan 57,500,000 saham terbitan.

Menurut kenyataan ejen penempatan, Tricor Investor & Issuing House Services Sdn Bhd, sebanyak 10,430 permohonan untuk 1,076,196,900 saham terbitan dengan nilai RM279,811,194.00 diterima daripada orang ramai Malaysia.

Selain itu, sebanyak 33,000,000 saham terbitan yang disediakan untuk permohonan oleh pengarah, pekerja dan orang lain yang layak yang telah menyumbang kepada kejayaan kumpulan juga telah dilanggan sepenuhnya.

image is not available

Sejumlah 38,950,000 saham terbitan dan 46,000,000 saham tawaran yang disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih.

Selain itu, sebanyak 143,750,000 saham terbitan yang disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian, semuanya telah diletakkan sepenuhnya. - DagangNews.com