Ipoh Bakal Ada Platform Penstriman Sendiri, Dikenali Sebagai ‘Ipohflix’?

29 Apr 2024 • 11:43 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bandaraya Ipoh, Perak dilaporkan akan mempunyai platform penstriman sendiri seakan Disney+ dan Netflix sekali gus menjadikan ia sebagai bandaraya pertama di Malaysia yang mempunyai platform tersebut.

image is not available

Foto: DagangNews

Menerusi satu laporan Amanz, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, platform penstriman digital tersebut akan dibangunkan melalui kerjasama antara Majlis Bandaraya Ipoh dengan pelakon serta penerbit terkemuka Afdlin Shauki.

“Tujuan platform dibangunkan ialah untuk melonjakkan industri kreatif di Ipoh sebagai sumber pendapatan ekonomi baharu.

“Ini juga adalah usaha MBI untuk menjadikan Ipoh pusat perfileman negara seperti Bollywood kepada India,” katanya.

image is not available

Foto: Majlis Bandaraya Ipoh

Beliau juga memaklumkan bahawa konsep dan cadangan projek tersebut akan mula dilakukan pada tahun 2025 dan nama bagi projek berkenaan masih belum diberitahu.

Sementara itu, Bandaraya Ipoh merupakan antara bandaraya yang selalu digunakan sebagai latar belakang bagi sesebuah filem di Malaysia seperti filem Sepet yang diarahkan oleh Yasmin Ahmad pada tahun 2005.

image is not available

Foto: thecrazytourist.com

Untuk makluman, Bandaraya Ipoh, Perak terletak kira-kira 200 km ke utara Kuala Lumpur dan selatan Pulau Pinang, terbahagi dua oleh Sungai Kinta kepada Bandar Baru Ipoh dan Bandar Lama Ipoh dan merupakan bandaraya ketiga terbesar di bahagian tengah Malaysia selepas Bandaraya Kuala Lumpur.

Adakah platform penstriman pertama di Malaysia itu akan dikenali sebagai ‘Ipohflix’ yang bersesuaian dengan nama bandaraya terkenal tersebut? Sama-sama kita nantikan.

Sumber: Amanz