IPU Serian kembali ke tahap bahaya

LocalEnvironment
8 Sep 2026 • 10:21 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: IPU Serian kembali ke tahap bahaya

KUALA LUMPUR – Kualiti udara di Serian, Sarawak kembali ke tahap bahaya apabila stesen pemantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) kawasan itu merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) mencecah 302, pagi ini.

Jumaat lepas, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengisytiharkan darurat jerebu di seluruh bahagian Serian susulan pencemaran udara yang membahayakan kesihatan awam, sebelum pengisytiharan itu ditamatkan semalam

Sementara itu, menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) pagi ini, tiga kawasan di Sarawak merekodkan status bacaan sangat tidak sihat iaitu Kuching (243), Samarahan (237) dan Sri Aman (232).

Beberapa kawasan lain di negeri itu turut mencatatkan kualiti udara tidak sihat antaranya Mukah (184), Sarikei (183), Samalaju (178), Bintulu (170), Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (169), Miri (169) dan Sibu (166).

Di Selangor, Johan Setia merekodkan bacaan tertinggi bagi negeri itu dengan IPU 168, diikuti Shah Alam (165), Banting (159), Klang (156), Petaling Jaya (154) dan Kuala Selangor (152).

Turut mencatatkan status tidak sihat ialah Tasek Ipoh (162), Seri Manjung (159), Tanjung Malim (156) dan Pegoh Ipoh (152) di Perak, manakala di ibu negara melibatkan Batu Muda (157), Cheras (154) selain Putrajaya (155).

Kawasan lain yang berada pada tahap sama ialah Nilai (157) dan Seremban (153) di Negeri Sembilan; Bukit Rambai (149) serta Alor Gajah (144) di Melaka; Labuan (128); dan Segamat, Johor (106).

Secara keseluruhan, 37 kawasan di seluruh negara dilaporkan berada pada tahap sederhana, manakala dua kawasan mencatatkan bacaan baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya. – Bernama

The post IPU Serian kembali ke tahap bahaya appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved