Iqbal dakwa bekas adik ipar bertunang dalam ‘iddah, ada lelaki lain sebelum bercerai

Entertainment
20 Apr 2024 • 11:41 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli dedah bekas adik ipar bertunang dalam tempoh ‘iddah selepas sah bercerai dengan adiknya, Ahmad Weldan.

Menurut Iqbal, adiknya mengalami tekanan akibat sedih bercerai dengan isterinya dan hampir melakukan perkara yang tidak diingini.

Adik lelakinya itu bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh pemandu e-hailing daripada berbuat demikian.

“Weldan sedang bersedih kerana bercerai sehinggakan masuk hospital akibat tekanan. Hampir terjun ke sungai, namun diselamatkan oleh pemandu Grab.
“Dia(bekas adik ipar) hebat meraih simpati bahawa dia teraniaya dan tersakiti,”dakwa Iqbal dalam hantaran Instagram, hari ini.

image is not available

Iqbal dakwa bekas adik ipar bertunang dalam ‘iddah

Dakwa usahawan berusia 29 tahun, bekas iparnya yang merupakan pengasas produk kesihatan dan kecantikan pernah berlaku curang ketika bergelar isteri kepada adiknya, Weldan.

Malah, dia juga mempunyai bukti mengenai kecurangan yang dilakukan oleh wanita itu, namun enggan mendedahkan kerana masih menjaga aib.

Dakwaan dan pendedahan itu dibuat Iqbal setelah lama bersabar terutama namanya dan Weldan diburukkan di live TikTok.

“Hakikat dia (bekas adik ipar) sudah ada hubungan dengan lelaki lain semasa dalam perkahwinan. Kemudian, semasa ‘iddah, bertukar kepada lelaki lain pula yang kini sudah menjadi pasangan suaminya.
“Dia telah dipeluk dan diangkat oleh lelaki tersebut di dalam kolam sewaktu ‘iddah, tanpa hijab di banyak lokasi dan adegan.
“Lebih enam juta tontonan berbangga dia bertunang dalam ‘iddah. Ramai juga jadi bingung, adakah tindakan dia bertunang dalam ‘iddah dibolehkan?
“Saya ada bukti, namun saya tidak mahu mengaibkan dia,”dakwa Iqbal lagi.

image is not available

Tegas saman bekas adik ipar, dakwa Weldan tak diberi gaji

Tambah Iqbal, bekas adik iparnya juga telah menipu Weldan untuk menurunkan tandatangan ‘Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)’, hakikatnya ia borang saham milik syarikat bersama.

Borang tersebut ditukar sepenuhnya seratus peratus kepada nama bekas adik ipar seorang, selain Weldan tidak menerima gaji sebenar sehingga ke hari ini.

“Itu hasil usaha bersama sebelum perkahwinan mereka lagi. Weldan berpindah ke sebuah bilik kecil yang sangat hina. Tanpa ada kenderaan dan tidak memberikan gaji sebetulnya sehingga hari ini,”katanya.

image is not available

Susulan itu, Iqbal tegas memfailkan saman terhadap bekas adik iparnya dengan menyertakan gambar bersama peguam, Datuk Adnan Seman dan adiknya, Ahmad Weldan Zulkefli.

image is not available

Dia turut meluahkan rasa kasihan kepada orang ramai yang telah menjadi mangsa tipu bekas adik iparnya dan berharap mereka lebih berhati-hati agar tidak menjadi ‘orang’ seterusnya.

Sumber: Instagram Ahmad Iqbal Zulkefli