Iqbal Zulkefli jalani pembedahan tanam rambut, buat hidung di China

LocalBeauty
23 Oct 2025 • 11:08 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan dan pempengaruh, Ahmad Iqbal Zulkefli, 32, meraih perhatian warganet apabila berkongsi keadaan ketika sedang menjalani rawatan di China.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Iqbal menjelaskan dia melalukan rawatan proses penanaman rambutnya yang mengambil masa kira-kira enam jam.

Buat hidung di China

image is not available

“Proses penanaman rambut saya sudah selesai semalam. Mengambil masa dalam 6 jam. Sebentar lagi saya akan ditidurkan untuk pembedahan hidung pula. Doakan semuanya berjalan lancar,” kata Iqbal, semalam.

Iqbal juga turut memaklumkan bahawa tidak dibenarkan menggunakan gajet terlalu lama dan bercerita berkeaan layanan yang diterima sepanjang rawatan.

image is not available

“Saya tidak boleh banyak guna telefon untuk fokus pada operasi pembedahan.

“Mereka sangat menjaga kita dengan teliti, Bermula di lapangan terbang Rolls-Royces dah jemput, seolah raja.

“Di hotel mereka datang susunkan ubat, drip, lapkan badan. Lebih kurang tujuh orang yang jaga saya termasuk jurubahasa dan penterjemah dokumen yang saya bawa dari Malaysia,” jelasnya.

image is not available

Terdahulu, Iqbal pernah menjadi bualan ramai apabila terbuka membincangkan soal penampilan dan mahu menjaga imej serta keyakinan diri sebagai seoarang personaliti media.

Difahamkan, Iqbal tidak menerangkan dengan lebih lanjut tujuan utamanya melakukan pembedahan plastik dan kedua-dua prosedur dijalankan di Shanghai, China.

Sumber: Instagram ahmadiqbalzulkefli

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved