IQOO 13 telah dilancarkan di China dengan gabungan rekaan serba baharu di samping spesifikasi dalaman yang dipertingkatkan. Antara fungsi yang disertakan termasuklah skrin AMOLED 2K 144Hz, cip Snapdragon 8 Elite, ciri Monster Halo dan bateri karbon silikon 6,150mAh. Ramai pengguna di Malaysia menantikan kemunculannya tetapi tiada maklumat dikongsi oleh pihak IQOO Malaysia.

Namun begitu peranti telah ditemui tersenarai melalui pangkalan data SIRIM Malaysia. Ia menggunakan nombor model I2401 (iQOO 13) dan didaftarkan oleh Valent Business Sdn Bhd pada Jumaat (1 November). Kemunculan ini kebiasaannya menandakan bahawa tarikh pelancaran sudah semakin hampir. Oleh yang demikian nantikan kemaskini lebih lanjut daripada pihak IQOO Malaysia sendiri.
