iQoo 13 terjah Malaysia dalam bulan Disember 2024

LocalTechnology
28 Nov 2024 • 4:00 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

iQoo Malaysia telah muat naik info yang mereka akan lancarkan iQoo 13 dalam bulan Disember 2024.

image is not available

Ia adalah signifikan kerana iQoo 13 mungkin jadi telefon dengan Snapdragon 8 Elite kedua masuki Malaysia selepas Realme GT 7 Pro yang diumumkan pertengahan November 2024 lalu. Untuk duduki tempat kedua, ia perlu lebih awal dariapda ROG Phone 9 yang menjadualkan pelancarannya pada 10 Disember 2024 ini.

image is not available

Generasi sebelumnya iaitu iQoo 12 adalah telefon Snapdragon 8 Gen 3 pertama yang tiba di Malaysia, dalam bulan Disember 2023. Harga jualannya adalah RM3,399 dan satu varian, RAM 16GB storan 512GB, ditawarkan. Jadi, anda boleh jangkakan harga iQoo 13 berlegar-legar disekitar itu.

image is not available

Sebagai rujukan, berikut adalah harga iQoo 13 dalam pasaran China:

  • 12GB+256GB – CNY3,999 (~RM2,450)
  • 12GB+512GB – CNY4,499 (~RM2,760)
  • 16GB+256GB – CNY4,299 (~RM2,460)
  • 16GB+512GB – CNY4,699 (RM2,880)
  • 16GB+1TB – CNY5,199 (RM3,188)

Spesifikasi iQoo 13

iQoo 13 adalah telefon dengan skrin AMOLED. Panel itu ada saiz 6.82" dengan kadar segar semula mencapai 144Hz. Atas papan utama, iQoo 13 diperkasa cip Snapdragon 8 Elite dan bergandingan dengan RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 1TB.

image is not available

Di bahagian pengimejan, telefon ini ada tiga buah kamera 50MP di bahagian belakang. Ia ada 1 kamera utama, 1 kamera telefoto, dan satu kamera ultralebar. Kamera selfie telefon ini ialah 32MP.

image is not available

Untuk tenaga, telefon ini ada tangki bateri 6,150mAh dengan sistem pengecasan pantas 120W secara kabel.

image is not available

Berbanding iQoo 12, iQoo 13 ini ada skrin yang lebih besar. Baterinya juga diperbesar daripada 5,000mAh tapi sistem pengecasan masih kekal pada 120W. Kamera telefoto pula ditukar kepada sensor 50MP daripada sensor 64MP sebelum ini.