IQOO Pad Air Dilancarkan – Skrin 144Hz Dan Cip Snapdragon 870

TechnologyDigital
4 Mar 2024 • 11:48 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

IQOO Pad Air dilancarkan secara rasmi sebagai tablet kelas pertengahan yang sesuai kegunaan harian. Ia juga menjadi tablet kedua iQOO yang dilancarkan selepas IQOO Pad dengan cip Dimensity 9000+ yang diumumkan pada Mei tahun lalu.

image is not available

Untuk spesifikasi ia dilengkapi skrin LCD 11.5-inci dengan resolusi 2800 X 1840 piksel dan kadar segar semula 144Hz (60/90/120/144Hz). Digabung juga dengan nisbah aspek 3:2 bersama kemampuan memaparkan paparan sehingga 1.07 billion dan gamut warna DCI-P3 100%.

Selanjutnya ia dijana dengan cip Snapdragon 870, memori 8/12GB RAM dan storan dalaman 128/256/512GB dan menjalankan OriginOS 3 sebagai tunjang utama. Kamera utama pula sebesar 8MP dengan kemampuan rakaman maksimum 1080P. Diikuti juga kamera swafoto 5MP sebagai pelengkap.

image is not available

Bateri 8500mAh juga disediakan yang boleh dicas melalui port USB-C dan pengecasan pantas 44W. Tidak ketinggalan ia membawakan empat pembesar suara, serta menyokong aksesori tambahan seperti stylus dan papan kekunci fizikal. Harga jualan bermula RMB1,799 (~RM1,181) (8/128GB), RMB1,999 (~RM1,312) (8/256GB), RMB2,299 (~RM1,509) (12/256GB) dan RMB2,599 (~RM1,706) (12/512GB) untuk sebuah.