IQOO Watch Dilancarkan Dengan Sokongan eSIM Dan Bateri 7 Hari

TechnologyDigital
29 Dec 2023 • 1:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

IQOO kini memasuki segmen peranti boleh pakai bertujuan untuk memperluaskan produk sedia ada. IQOO Watch telah diumumkan dengan gabungan kerangka bulat bersama dua butang fizikal di sisi. Ini digabungkan juga dengan beberapa pilihan jenis tali yang termasuk nilon, getah dan kulit.

image is not available

skrin AMOLED 1.43″ dengan resolusi 466 X 466 piksel dan fungsi Always On Display digunakan. Diikuti juga dengan sokongan sistem operasi BlueOS yang sama seperti jam tangan terkini Vivo. Pelbagai sensor kesihatan dan kesihatan terbina disediakan termasuk kemampuan memantau kadar degupan jantung. Lebih 100 mod sukan juga disediakan dengan kebolehan jurulatih berasaskan AI yang membolehkan pengguna kekal aktif.

image is not available

Bateri 550mAh digunakan boleh beroperasi sehingga 7 hari dengan pengecasan penuh. Lain-lain spesifikasi termasuk pembayaran kod QR, kawalan muzik, NFC, sokongan eSIM, pembesar suara dan mikrofon untuk panggilan. IQOO Watch dijual di China bermula CNY1099 (~RM710).