iQOO Z9 Turbo+ Kini Rasmi Dengan Dimensity 9300+

TechnologyDigital
25 Sep 2024 • 3:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

iQOO Z9 Turbo+ dilancarkan hari sebagai peranti keempat di bawah keluarga Z9. Ia dilengkapi skrin 6.78″ AMOLED 144Hz, dijana cip Dimensity 9300+, memori sehingga 16GB LPDDR5X, storan sehingga 512GB UFS 4.0 dan bateri 6400 mAh dengan sokongan pengecasan 80W secara berwayar sahaja tanpa sokongan pengecasan nirwayar.

image is not available

Ia dipadankan kepada lensa sudut lebar 50MP LYT-600 dengan sokongan OIS dan lensa ultra sudut lebar 8MP di belakang dengan kamera swafoto 16MP. Kamera bole melakukan rakaman video sehingga 4K 60p.

Peranti hadir dengan sistem operasi OriginOS 4 berasaskan Android 14. Tubuh juga melepasi piawaian kalis air serta debu IP65 dan mempunyai pemancar IR untuk alat kawalan jauh. Dari sudut audio pula, Z9 Turbo+ menyokong audio stereo tetapi tanpa bicu audio 3.5mm.

image is not available

Di China iQOO Z9 Turbo+ dilancarkan dalam warna Moon Shadow Titanium, Starlight White, adan Midnight Black. Harga jualan adalah seperti senarai di bawah.

  • 12GB + 256GB – ~RM 1352
  • 12GB + 512GB – ~RM 1529
  • 16GB + 256GB – ~RM 1471
  • 16GB + 512GB – ~RM 1706