Honor 20 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada Bulan Ogos

TechnologyDigital
25 Jul 2019 • 4:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Hampir seminggu yang lalu pihak Honor Malaysia memuat naik imej acah dengan angka 111. Berdasarkan angka ini dengan mudah dapat diagak ia adalah petanda Honor 20 Pro akan dilancarkan kerana ia skor yang diterima dari laman DXOMark. Hari ini pihak Honor Malaysia mengesahkan peranti mercu ini dilancarkan pada bulan Ogos kelak.

image is not available
Honor 20 Pro dilengkapi skrin berlubang 6.26-inci IPS LCD FHD+, dijana cip Kirin 980, memori 8GB RAM, dan storan sehingga 256GB dan bateri sebesar 4000mAh. Bateri yang agak besar ini menyokong pengecasan pantas 22.5W.

Kamera utama menggabungkan sensor 48+16+8+2 Megapixel. Sensor 48-Megapixel dipadankan dengan lensa sudut lebar f/1.4 dengan sokongan OIS. Sensor 16-Megapixel pula dipadankan dengan lensa ultra sudut lebar f/2.2 manakala sensor 8-Megapixel dipadankan pula dengan lensa telefoto zum optikal 3X f/2.4. Akhir sekali sensor 2-Megapixel adalah khusus untuk mod makro. Kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel f/2.0.

 

Pengimbas cap jari disertakan pada bahagian sisi kanan dan kamera hadapan diletakkan di dalam lubang skrin. Terdapat juga kemampuan zum digital sehingga 30X. Dengan kata lain Honor 20 Pro ia sebuah Huawei P3o Pro dengan harga yang lebih mampu milik.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved